Sesi Ramah Mesra dan Makan Malam (Business Networking) Delegasi Malaysia Bersama Duta Besar Malaysia di Kesultanan Oman
25-04-2024Oman, 25 April 2024 - Sesi ramah mesra dan makan malam (business networking) antara Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan TYT Tuan Shaiful Anuar Mohamad, Duta Besar Malaysia bersama ahli perniagaan, pegawai-pegawai kanan (rakyat Malaysia) yang sedang berkhidmat di institusi kewangan, perbankan dan pelaburan di Kesultanan Oman. Sesi suai kenal Delegasi bersama Duta Besar Malaysia dan juga rakyat Malaysia yang bertugas serta menjalankan perniagaan di Oman bertujuan membincangkan potensi pelaburan dana wakaf antara negara Malaysia dan Kesultanan Oman. Turut hadir, pegawai-pegawai daripada The Ministry of Endowments and Religious Affairs of the Sultanate of Oman yang diketuai oleh Sheikh Abdul Aziz Masoud Al Ghafri, Assistant Director General Awqaf and Baitulmal Affairs.
Kongsi Kongsi