Aktiviti
Hari Ketiga: Penyertaan Yayasan Waqaf Malaysia Di Pameran Dan Persidangan Dubai International Humanitarian Aid Development 2024
25-04-2024

Ringkasan rangkuman aktiviti hari ketiga penyertaan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) di Malaysia Pavilion - Pameran Dan Persidangan Dubai International Humanitarian Aid Development (DIHAD) 2024:

  1. Kunjungan Timbalan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu, HRH Syeikh Saif bin Zayed ke Malaysia Pavilion;
  2. Majlis Graduasi DIHAD Humanitarian College;
  3. ⁠Lawatan dan kunjungan peserta-peserta DIHAD 2024 ke Malaysia Pavilion; dan
  4. Majlis Penutup Malaysia Pavilion.

Selama tiga hari persidangan berlangsung, YWM telah diberi peluang untuk membentangkan produk dan projek Wakaf Kemanusiaan, di samping turut berpeluang bertemu dengan agensi serta organisasi kemanusiaan dan wakaf antarabangsa, antaranya dari New Zealand, Brazil, United Kingdom dan lain-lain. YWM turut berpeluang mengunjungi Bandar Kemanusiaan Antarabangsa Dubai dan melihat dengan lebih dekat proses terimaan dan agihan bantuan kemanusiaan dilaksanakan secara profesional dan efisien. Insya-Allah dan Alhamdulillah, begitu banyak perkara dan pengetahuan yang telah ditimba dan akan dilaksanakan di masa hadapan bagi meningkatkan lagi peranan YWM dan instrumen wakaf di peringkat tertinggi.


Kongsi Kongsi