Sesi Libat Urus Dan Perkongsian Pengalaman Di Qatar Foundation
24-04-2024Qatar, 24 April 2024 - Sesi libat urus perkongsian pengalaman pembangunan wakaf oleh Qatar Foundation telah membincangkan potensi kerjasama strategik bagi pembiayaan projek wakaf dalam sektor pendidikan dan kesihatan di Malaysia. Menerusi sesi ini, Qatar Foundation diketuai oleh Dr. Recep Senturk, CIS Dean dan turut disertai oleh Dr. Ibrahim Zain, Dr. Abdulazeem Abo Zaid, Dr. Mustafa Elamin dan Dr. Mohamed Eskandar. Manakala delegasi daripada Malaysia diketuai oleh YBhg. Dato' Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji merangkap Naib Pengerusi Yayasan Waqaf Malaysia dan turut disertai wakil dari Majlis Agama Islam Johor, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Majlis Ugama Islam Sabah - MUIS, Tabung Baitulmal Sarawak, pihak perbankan Islam dan pihak-pihak berkepentingan berkaitan wakaf. Perbincangan menumpukan kepada potensi kerjasama strategik wakaf termasuk penyelidikan dan inovasi wakaf antara kedua-dua buah negara.
Kongsi Kongsi