Hari Kedua: Penyertaan Yayasan Waqaf Malaysia Di Pameran Dan Persidangan Dubai International Humanitarian Aid Development 2024
24-04-2024Dubai, 24 April 2024 - Ringkasan rangkuman aktiviti hari kedua penyertaan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) di Malaysia Pavilion - Pameran Dan Persidangan Dubai International Humanitarian Aid Development (DIHAD) 2024:
- Perasmian Malaysia Pavilion oleh Pengerusi DIHAD 2024 beserta ucapan aluan YB Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM;
- Pertemuan Malaysia Pavilion dengan organisasi AICT Global, sebuah NGO berorientasi aktiviti kemanusiaan yang berpangkalan di Dubai dan United Kingdom (UK);
- Kunjungan En. Mohd Fadly Amri Aliaman, Konsul Jeneral Malaysia di Dubai ke Malaysia Pavilion;
- Kunjungan delegasi Malaysia ke Dubai Humanitarian Pavilion;
- Penyampaian cenderamata oleh pihak penganjur kepada Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM;
- Pertemuan Ketua Pegawai Eksekutif YWM dengan wakil agensi Islam Brazil, UK, Turkiye dan Life USA;
- Pembentangan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWM kepada para peserta yang mengunjungi Malaysia Pavilion;
- Majlis menandatangani Surat Hasrat Kerjasama (LOI) antara YWM dan Persatuan Cinta Gaza Malaysia di bawah kendalian Saudara Nadir Al Nuri, aktivitis kemanusiaan Palestin.
Di samping itu, Malaysia Pavilion terus dikunjungi oleh para peserta persidangan yang hadir atas kapasiti individu mahupun organisasi masing-masing. YWM turut mengambil peluang keemasan berkongsi maklumat berkenaan pembangunan wakaf dan peranan YWM dalam Wakaf Kemanusiaan kepada delegasi yang hadir. Pertukaran maklumat dan percambahan idea menjadi antara agenda utama bagi para peserta yang mengunjungi Malaysia Pavilion kali ini. Hari kedua persidangan yang penuh dan padat dengan aktiviti dan kehadiran para peserta dari seluruh pelusuk dunia.
Kongsi Kongsi