Aktiviti
Lawatan Kerja Dan Libat Urus Delegasi Malaysia Ke Ministry Of Endowments And Islamic Affairs, Qatar
23-04-2024

Qatar, 23 April 2024 - Sesi libat urus perkongsian pengalaman pembangunan wakaf di Qatar dan pitching kerjasama strategik wakaf bagi pembiayaan projek wakaf di Malaysia telah diadakan di antara Ministry of Endowments and Islamic Affairs of Qatar yang diketuai oleh Dr. Sheikh Khalid bin Muhammad bin Ghaneem Al Thani, Director General of the Endowments Department, Ministry of Endowments and Islamic Affairs and the Qatar Awqaf Authority bersama delegasi daripada Malaysia yang diketuai oleh YBhg. Dato' Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji merangkap Naib Pengerusi Yayasan Waqaf Malaysia dan pihak-pihak berkepentingan berkaitan wakaf bagi Segmen Instrumen Kewangan Islam dan Pengurusan Aset di negara Qatar. Sesi ini turut memberi fokus kepada perbincangan kerjasama strategik dan pendanaan wakaf / Pelaburan asing bagi sektor kesihatan, pendidikan, keterjaminan makanan dan pembangunan ekonomi yang memberi manfaat kepada Malaysia dan negara Qatar, di samping memperkukuhkan hubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara.


Kongsi Kongsi