Aktiviti
Hari Pertama: Penyertaan Yayasan Waqaf Malaysia Di Pameran Dan Persidangan Dubai International Humanitarian Aid Development 2024
23-04-2024

Dubai, 23 April 2024 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menerima jemputan daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia Malaysia untuk menjayakan pameran dan persidangan Dubai International Humanitarian Aid Development (DIHAD) 2024 bertempat di Dewan Sheikh Rashid, Pusat Dagangan Dunia Dubai, bermula 23 sehingga 25 April 2024.

Melalui persidangan ini, YWM telah menyertai Malaysia Pavilion untuk memperkenalkan peranan wakaf dan YWM di peringkat antarabangsa. Ringkasan rangkuman aktiviti YWM pada 23 April 2024 (hari pertama) DIHAD 2024:

  1. Majlis Perasmian DIHAD 2024;
  2. Kunjungan DiRaja Dubai ke Malaysia Pavilion;
  3. Pembentangan YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM di ICEM Workshop;
  4. Kunjungan Al Khayr Foundation ke Malaysia Pavilion; dan
  5. Makan Malam bersama Konsul Jeneral Malaysia di Dubai.


Kongsi Kongsi