Kunjungan Hormat Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam, Negara Qatar (Ministry of Awqaf and Islamic Affairs, State of Qatar) ke Malaysia
22-04-2024Putrajaya, 22 April 2024 - Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menerima kunjungan hormat daripada Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Negara Qatar. Kunjungan perwakilan Negara Qatar diketuai oleh Mr. Saad Omran al-Kuwairi, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Zakat dan delegasi telah disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR, Encik Md Ramzi Ishaq, manakala YWM diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Encik Abdul Halim Mat Yusop. Menerusi kunjungan ini, perwakilan Negara Qatar ingin mempelajari dan mendapatkan maklumat pengurusan wakaf di Malaysia terutamanya dalam aspek pelaburan dana wakaf, jenis portfolio pelaburan yang digunakan, pengurusan risiko terhadap dana wakaf yang dilaburkan dan mekanisme yang digunakan bagi mengurus serta menyelenggara aset-aset wakaf.
Semoga menerusi kunjungan hormat ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara semua pihak serta dapat mengimarahkan ibadah wakaf, Insya Allah.
TERKINI
Kongsi Kongsi