Aktiviti
Sesi Libat Urus dan Pitching Kerjasama Strategik
21-04-2024

Arab Saudi, 21 April 2024 - Tiga (3) sesi libat urus dan pitching kerjasama strategik telah diadakan dengan pihak Islamic Development Bank (IsDB), The Islamic Corporation for the Development of the Private Sector (ICD) dan The Islamic Solidarity Fund for Development (ISFD) Arab Saudi yang diketuai oleh YBrs. Encik Yusri bin Yusof, Sr Economic Empowerment Specialis IsDB. Delegasi Malaysia diketuai oleh Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bersama-sama YBhg. Dato' Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji merangkap Naib Pengerusi YWM, dengan penglibatan langsung Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Majlis Agama Islam Johor, Majlis Ugama Islam Sabah, Tabung Baitulmal Sarawak serta pihak-pihak berkepentingan berkaitan wakaf. Perbincangan ini telah memberi fokus kepada perkongsian pengalaman (Knowledge and Technology Sharing) Kejayaan Pembangunan Wakaf/Infak bagi Segmen Instrumen Kewangan Islam dan Pengurusan Aset oleh ISDB, ICD dan ISFD. Sesi diteruskan dengan libat urus dan sesi pitching bagi meneroka potensi kerjasama strategik pendanaan projek wakaf berimpak tinggi di Malaysia dalam sektor Keterjaminan Makanan, Kesihatan, Pendidikan dan Pembangunan Ekonomi bersama YBrs. Encik Ariff Hassan, Head of Funding ICD dan YBrs. Mohameden Ould Emeh, Senior Specialist ISFD.


Kongsi Kongsi