Aktiviti
Liqa’ Istifadah Bersama Mahasiswa Universiti Islam Madinah
20-04-2024Madinah, 20 April 2024 - Bersempena Lawatan Kerja dan Libat Urus ke Organisasi Wakaf di Negara Arab Saudi, Qatar, Kesultanan Oman, dan Kuwait anjuran Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), delegasi yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWM telah pun mengadakan perjumpaan bersama Mahasiswa Universiti Islam Madinah. Menerusi sesi ini, YBrs. Dr. Ridzwan Bakar berkongsi mengenai perkembangan dan hala tuju wakaf di Malaysia, serta disusuli dengan sesi soal jawab bersama mahasiswa. Alhamdulillah, YWM telah menerima maklumbalas positif daripada mereka dan kesudian mereka untuk sama-sama memperkasakan wakaf di Malaysia sangat dihargai.
TERKINI
Kongsi Kongsi