Majlis Apresiasi Pewakaf Di Negeri Sabah Sempena Bulan Wakaf Kebangsaan Tahun 2024
03-04-2024Kota Kinabalu, 3 April 2024 - Sempena Bulan Wakaf Kebangsaan 2024, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Pewakaf di Raia Hotel Kota Kinabalu, Sabah sebagai tanda menghargai para pewakaf di Sabah. Majlis yang diadakan ini turut diserikan dengan slot Ceramah Wakaf oleh Timbalan Mufti Negeri Sabah, YBhg. Sahibul Fadhilah Datuk Ustaz Haji Abdul Manap bin Lakariba yang bertajuk “Untungnya Seorang Pewakaf”. Turut hadir YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM, YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Yahya bin Haji Hussin, Yang DiPertua MUIS, YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji dan YBrs. Tuan Haji Ramlan bin Haji Awang Ali, Ketua Pegawai Eksekutif MUIS.
Majlis seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pewakaf dengan YWM dan MUIS yang merupakan pihak yang bertanggungjawab menjaga dan menguruskan pewakafan mereka. Untuk makluman, terdapat seramai 594 orang pewakaf dari negeri Sabah yang berwakaf secara tunai melalui potongan gaji.
Terima kasih diucapkan kepada MUIS yang bersama-sama menjayakan program ini. Semoga dengan majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua agensi wakaf di Malaysia.
TERKINI
Kongsi Kongsi