Aktiviti
Ziarah Kasih Ramadan 1445H: Sumbangan Untuk Program Ihya' Ramadan Sekolah Kebangsaan Kertau
31-03-2024

Chenor, 31 Mac 2024 - Menerusi Dana CSR Prihatin Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), sebanyak RM5,000.00 telah diagihkan kepada Sekolah Kebangsaan Kertau bagi menjayakan program “Setangkai Kurma Sejuta Keberkatan” pada bulan Ramadan. Mengikut keterangan Guru Besar sekolah, Encik Wan Mohamad Iskandal bin Wan Deraman, sekolah ini pernah dilanda banjir selama seminggu iaitu pada 8 Januari hingga 12 Januari 2024 yang lalu. Keadaan ini menyebabkan murid-murid tidak dapat hadir ke sekolah kerana terputus hubungan dan pembelajaran dilaksanakan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Rata-rata yang terlibat merupakan anak penduduk kampung Orang Asli yang terdiri daripada golongan B40. Justeru, bagi menarik minat para murid untuk hadir ke sekolah pada pembukaan penggal baharu 2024, pihak pengurusan sekolah telah menyusun beberapa aktiviti dan program bersempena bulan Ramadan seperti Majlis Khatam Al-Quran, sumbangan bakul makanan dan iftar.


Kongsi Kongsi