Aktiviti
Ziarah Kasih Ramadan 1445H: Laluan Berbumbung Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks KLIA
29-03-2024

Nilai, 29 Mac 2024 - Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks KLIA telah mengemukakan permohonan bantuan dana sebanyak RM 4,000.00 bagi projek pemasangan bumbung Laluan Alternatif Pintu B sekolah pada 23 Jun 2023 yang lalu. Semasa tinjauan dilaksanakan, Pengetua sekolah iaitu Tuan Ajemeek bin Haji Samut memaklumkan bahawa secara keseluruhan kos projek ini bernilai RM32,00.00. Projek penambahbaikan laluan ini adalah perlu kerana lokasi ini sering digunakan oleh ibu bapa dan murid-murid sebagai tempat menunggu dan menghantar berbanding laluan pintu utama sekolah yang lebih jauh. Keadaan yang tidak kondusif serta tidak berbumbung menyukarkan keadaan ibu bapa dan murid ketika berhadapan cuaca buruk

Alhamdulillah, dengan dana yang disumbangkan, pihak sekolah dapat menampung kos menyiapkan laluan berbumbung untuk digunakan oleh para pelajar. Kepada semua pewakaf, terima kasih atas sumbangan anda. Sekecil mana pun dana yang diwakafkan, terlalu besar maknanya kepada mereka yang memerlukan.


Kongsi Kongsi