Aktiviti
Ziarah Kasih Ramadan 1445H: Agihan Dana CSR Prihatin Untuk Persatuan Membantu Orang Kelainan Upaya Malaysia
27-03-2024

Kuala Lumpur, 27 Mac 2024 - Menerusi Dana CSR Prihatin Yayasan Waqaf Malaysia, sebanyak RM5,000.00 telah diagihkan kepada Persatuan Membantu Orang Kelainan Upaya Malaysia (PMOKUM). Menurut Encik Silatul Rahim bin Rahman iaitu Pengerusi PMOKUM, dana yang disumbangkan oleh YWM akan digunakan untuk tujuan membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang kerana dengan sumbangan ini dapat membantu golongan OKU dalam menghadapi bulan Ramadan dan menyediakan beberapa keperluan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Alhamdulillah, ternyata sumbangan anda memberikan senyuman kepada mereka yang menerima.


Kongsi Kongsi