Aktiviti
Majlis Iftar YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Bersama Media Tahun 2024
26-03-2024

Putrajaya, 26 Mac 2024 - Bersempena Ramadan 1445H, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan kerjasama Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah mengadakan Majlis Iftar YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Bersama Media Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bersama-sama 100 anak yatim dan warga media.

Dalam majlis yang sama, YWM turut menyalurkan agihan Dana Manfaat berjumlah RM5,000 dan YaPEIM menyalurkan sumbangan Infak Ramadan dan Aidilfitri berjumlah RM2,500 kepada kepada Pertubuhan Kebajikan Pengasih Warga Prihatin. Simbolik penyerahan cek cura disampaikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang mewakili YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar.

Turut hadir Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Tuan Haji Ameer Ali bin Vali Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah YaPEIM serta ketua-ketua agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan turut meluangkan masa beramah mesra bersama warga media yang hadir dan menzahirkan penghargaan atas peranan yang dimainkan mereka dalam menyalurkan maklumat yang tepat kepada masyarakat.


Kongsi Kongsi