Aktiviti
Kunjungan Hormat Daripada Tabung Warisan Khas Kesihatan
21-03-2024

Putrajaya, 21 Mac 2024 - Yayasan Waqaf Malaysia berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Tabung Warisan Khas Kesihatan (TWKK) yang diketuai oleh YBrs. Ustaz Mohd Najib bin Khairudin untuk membincangkan kerjasama yang boleh dibuat untuk membantu pesakit yang memerlukan bantuan sumbangan katil hospital. TWKK merupakan sebuah akaun amanah kebajikan pertama yang menyediakan kemudahan manfaat untuk membantu pesakit yang memerlukan bantuan rawatan dan perubatan di Malaysia. YWM diketuai oleh YBrs. Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM telah berkongsi pengalaman dan aktiviti wakaf yang dilaksanakan oleh YWM kepada delegasi yang hadir. Semoga kunjungan hormat ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara YWM dan TWKK serta dapat mengimarahkan wakaf di negara ini.


Kongsi Kongsi