Pelancaran Sistem Wakaf Tunai Malaysia Yayasan Waqaf Malaysia
06-03-2024Melaka, 6 Mac 2024 - Telah berlangsung Majlis Perasmian Konvensyen Baitulmal Kebangsaan (KBK 2024) anjuran Majlis Agama Islam Melaka, Jabatan Wakaf Zakat & Haji dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bertempat di Hatten Hotel, Melaka. Penganjuran KBK kali ini bertemakan ‘Melestarikan Baitulmal, Merintis Malaysia Madani’ dilihat amat bertepatan dengan gagasan Malaysia Madani yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri yang mahukan pemerkasaan pengurusan dan tatakelola institusi kewangan Islam yang akhirnya akan menyelesaikan isu sosioekonomi negara antaranya masalah kemiskinan tegar.
Bersempena dengan KBK 2024 ini, YB Senator Dato' Setia Dr. Naim turut melancarkan Sistem Wakaf Tunai Malaysia yang dibangunkan oleh YWM. Sistem ini merupakan satu sistem komprehensif dan menjadi one stop centre bagi pemerkasaan amalan berwakaf secara tunai di Malaysia. Menerusi SWTM, masyarakat boleh menikmati kemudahan berikut:
- Melaksana pewakafan tunai secara sekali beri (one - off);
- Melaksana permohonan berwakaf secara potongan gaji bulanan bagi penjawat awam peringkat persekutuan;
- Menyemak semua senarai transaksi yang telah dibuat melalui SWTM; dan
- Memuat turun dan mencetak resit, penyata tahunan sumbangan wakaf yang telah dibuat bagi tujuan tuntutan potongan cukai.
Semua sumbangan Wakaf Tunai Malaysia anjuran YWM adalah layak mendapat Potongan Cukai Pendapatan di bawah Subseksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, terhad 10% bagi individu dan syarikat daripada jumlah pendapatan agregat.
TERKINI
Kongsi Kongsi