Dana Wakaf Tunai Bagi Tujuan Projek Naik Taraf Bangunan di Surau Al-Hidayah, Masjid Tanah
05-03-2024Melaka, 5 Mac 2024 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) berkesempatan untuk melawat Surau Al-Hidayah di Taman Sri Aman, Masjid Tanah yang menerima agihan Wakaf Tunai Malaysia bernilai RM30,000.00 untuk projek naik taraf bangunan surau. Menurut penerangan Timbalan Pengerusi Surau Al-Hidayah, Cikgu Rasdi, walaupun surau telah memiliki van jenazah namun sekiranya berlaku kematian dikalangan ahli kariah, jawatankuasa surau harus meminjam keranda mandian jenazah daripada pihak luar. Alhamdulillah, dengan dana tersebut, pihak surau telah membina sebuah ruang mandi jenazah yang selesa dilengkapi dengan pendingin hawa.
MasyaAllah, sungguh tinggi ganjaran pahala yang akan diterima oleh pewakaf!
Mungkin nilai yang diwakafkan hanyalah seringgit, tapi jika 30,000 masyarakat berwakaf dengan nilai seringgit setiap hari, bayangkan banyak lagi projek-projek seumpama ini dapat dilaksanakan. Kepada semua pewakaf, terima kasih atas sumbangan anda. Sekecil mana pun dana yang diwakafkan, terlalu besar maknanya kepada yang memerlukan.
TERKINI
Kongsi Kongsi