Program Diskusi Meja Bulat: Cabaran Pelaksanaan E-Wakaf Dalam Kalangan Nazir Wakaf Di Johor
29-02-2024Johor Bahru, 29 Februari 2024 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah dijemput untuk menyertai dan menyampaikan pembentangan di Program Diskusi Meja Bulat: Cabaran Pelaksanaan E-Wakaf Dalam Kalangan Nazir Wakaf di Johor yang berlangsung di Dewan Banquet, Bangunan Canselori Sultan Ibrahim, Universiti Teknologi Malaysia.
Wakil YWM iaitu Encik Mohd Fazdli bin Rosli, Eksekutif Kanan Bahagian Pengurusan Dana dalam perkongsian beliau telah mengupas isu berkaitan Sistem Wakaf Tunai Malaysia (SWTM) yang dibangunkan oleh YWM beserta cabaran-cabaran dalam pelaksanaannya. YWM juga turut berkongsi pengalaman perihal pengurusan terimaan dan pengagihan dana yang dilakukan melalui SWTM serta kaedah-kaedah pelaporan aset wakaf alih yang terpakai di YWM. Semoga para peserta diskusi mendapat manfaat daripada perkongsian yang telah dilakukan pada program tersebut.
TERKINI
Kongsi Kongsi