Aktiviti
Pelancaran Media PruBSN WarisanGold
29-02-2024

Kuala Lumpur, 29 Februari 2024 - PruBSN Takaful telah memperkenalkan produk baharu yang dijenamakan sebagai WarisanGold. Majlis pelancaran telah disempurnakan secara bersama oleh Encik Wan Saifulrizal Wan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN dan Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia (YWM).

Menerusi PruBSN WarisanGold, pencarum mempunyai pilihan untuk mewakafkan sebahagian daripada manfaat kematian atau membuat sumbangan amal secara berkala melalui rider Ihsan. Sekiranya berlaku kematian kepada pencarum, 20% daripada jumlah manfaat kematian akan dibayar kepada badan kebajikan terpilih seperti YWM dan PruBSN Prihatin. Manakala, baki jumlah akan dibayar kepada penama atau penerima tuntutan untuk membantu menampung kos perbelanjaan harian demi mengekalkan gaya hidup atau membayar sebarang hutang yang masih tertunggak.

Pada masa yang sama, turut diadakan sesi perkongsian Takaful Keluarga bersama panelis jemputan bagi mendapat gambaran sebenar produk dan manfaatnya kepada pencarum / keluarga sekiranya berlaku Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh atau Kematian. Panelis terdiri daripada Awal Ashaari (Pengacara / Selebriti), PU Amin (Pendakwah Selebriti / Pensyarah), Encik Mohd Bokhari bin Mat Doa (Pengurus Bahagian Kewangan YWM), Puan Shazlyna Abdullah (Setiausaha Eksekutif Persatuan Takaful Malaysia) dan Puan The Siew Peng (Timbalan Ketua Pegawai Pemasaran PruBSN).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini, sila klik pautan berikut: PruBSN WarisanGold


Kongsi Kongsi