Aktiviti
Kunjungan Hormat Ke Yayasan Pahang
28-02-2024

Kuantan, 28 Februari 2024 - Sesi kunjungan hormat edisi wilayah Timur melabuhkan tirainya di lokasi yang terakhir iaitu di Yayasan Pahang. Delegasi Jabatan Wakaf Zakat Dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) masing-masing diketuai oleh YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah JAWHAR merangkap Naib Pengerusi YWM dan YBrs. Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM telah berkunjung ke Yayasan Pahang untuk sesi perkongsian pengalaman dan kepakaran mengenai pengurusan projek ekonomi.

Sesi pertemuan telah dipengerusikan oleh YH Dato’ Indera Mahmud bin Mohd Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang dan turut dihadiri oleh pengurusan kanan Yayasan Pahang. Pada sesi kunjungan ini, pihak Yayasan Pahang telah memberikan taklimat mengenai objektif dan fungsi penubuhan Yayasan Pahang kepada deligasi yang hadir yang mana pihak Yayasan Pahang memfokuskan kepada Pembangunan ekonomi dan Pendidikan berteraskan Islam. Selain itu, kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala di antara YWM dan Yayasan Pahang disamping meneroka peluang kerjasama strategik wakaf dalam memacu pembangunan sosioekonomi Ummah.


Kongsi Kongsi