Aktiviti
Program Rumah Ibadat Hijau: Masjid Jamek Dato’ Klana Petra Sendeng
23-02-2024

Seremban, 23 Februari 2024 - YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam telah meluangkan masa untuk hadir menyempurnakan Program Penyerahan Sistem Panel Solar kepada Masjid Jamek Dato’ Klana Petra Sendeng. Projek bernilai RM60,000.00 ini menggunakan dana Tabung Wakaf Masjid Hijau kelolaan oleh Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC). Turut hadir bersama adalah YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan YBrs. Ts. Shamsul Bahar Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif MGTC. Terima kasih kepada pewakaf yang telah berwakaf ke tabung Wakaf Masjid Hijau, semoga manfaat pahala mengalir berpanjangan. Insya-Allah.


Kongsi Kongsi