Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Antara Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan Yayasan Waqaf Malaysia
22-02-2024Damansara, 22 Februari 2024 - Telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) di Hotel Royale Chulan Damansara. Majlis ini disaksikan oleh YBhg. Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN. Sesi menandatangani memorandum perjanjian ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM bersama YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN.
MoA ini bertujuan untuk menubuhkan Wakaf Pendidikan sebagai salah satu inisiatif bagi mempelbagaikan sumber dana bagi tujuan pembiayaan pendidikan tinggi. Kerjasama ini sekali gus membuka satu lembaran baharu kepada YWM dan PTPTN bagi memartabatkan pendidikan tinggi dan pembangunan ummah sejagat. Pada majlis ini, turut berlangsung sesi perkongsian ilmu berkaitan wakaf yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Noor Inayah Ya’akub, Presiden & Naib Canselor Infrastructure University Kuala Lumpur merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah & Pengerusi Jawatankuasa Syariah YWM dan Ustaz Mohammad Yaakub Yusra bin Mohd Yusof, Pendakwah Bebas.
Semoga kerjasama yang dimeterai ini akan membawa YWM dan PTPTN ke arah suatu fasa baharu yang lebih cemerlang dalam memperkasakan institusi wakaf sebagai instrumen pembangunan pendidikan dan sosioekonomi ummah.
TERKINI
Kongsi Kongsi