Kunjungan Hormat Delegasi Majlis Islam Sarawak Ke Yayasan Waqaf Malaysia
16-02-2024Putrajaya, 16 Februari 2024 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Islam Sarawak (MIS) yang diketuai oleh YBhg. Datu Haji Khalidi bin Ibrahim, Setiausaha MIS. Dalam pertemuan ini, YWM yang diketuai oleh YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM telah memberi penerangan tentang YWM dan aktiviti wakaf yang dilaksanakan oleh YWM. Delegasi MIS turut berkongsi pengalaman dan perkembangan industri wakaf di Sarawak.
Matlamat pertemuan ini adalah untuk membincangkan ruang kolaborasi di antara kedua-dua pihak dan membincangkan berkenaan perancangan dan hala tuju pembangunan melalui konsep wakaf agar dapat dilaksanakan seiring dengan misi dan visi YWM dan MIS. Semoga kunjungan hormat ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara YWM dan MIS serta dapat mengimarahkan wakaf di negara ini.
TERKINI
Kongsi Kongsi