Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Yayasan Waqaf Malaysia, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia Dan Spectre MD Sdn. Bhd.
08-02-2024Putrajaya, 8 Februari 2024 - Sekitar Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dengan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Spectre MD Sdn. Bhd. di The Everly Hotel Putrajaya.
Majlis ini disaksikan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Naim bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM. Sesi menandatangani memorandum persefahaman ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM bersama YBrs. (Dr.) Ahmad Sani bin Dato’ Abdul Alim Araby, Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM dan YBrs. Encik Khairul Nizam Othman, Pengarah Eksekutif Spectre MD Sdn. Bhd. Majlis ini merupakan permulaan kerjasama yang akan memberi peluang kepada YWM untuk membawa wakaf Malaysia ke peringkat antarabangsa, terutamanya dalam terimaan dan agihan dana dalam aktiviti kebajikan dan kemanusiaan.
Dari aspek terimaan, YWM akan meningkatkan tahap pengurusan dan terimaan dana melalui pewujudan ekosistem digital yang disediakan oleh pihak Spectre MD Sdn. Bhd. Jalinan kerjasama ini signifikan dalam membantu meningkatkan penjenamaan YWM melalui pendekatan teknologi dan inovasi digital. Manakala dari aspek agihan, kerjasama dengan MAPIM dalam aktiviti kebajikan dan kemanusiaan akan membantu memperluas skop pengagihan YWM ke luar negara. Semoga usaha ini dapat membantu memperkasakan lagi wakaf di Malaysia di mana hasilnya kelak akan memberi manfaat kepada pembangunan sosioekonomi ummah.
TERKINI
Kongsi Kongsi