Sesi Libat Urus Bersama Dengan Duta Kuwait Bagi Meneroka Potensi Wakaf
07-02-2024Kuala Lumpur, 7 Februari 2024 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dengan kerjasama Bahagian Asia Barat, Kementerian Luar Negeri (KLN) telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Duta Kuwait di Malaysia bagi meneroka peluang dan potensi kerjasama strategik dalam pembangunan wakaf dan perniagaan menerusi pelaburan langsung asing (Foreign Direct Investment) di Malaysia dengan menghubungkan kepada organisasi atau agensi berkaitan wakaf di Kuwait. Platform ini diwujudkan sebagai wadah bagi bertukar-tukar maklumat, pengetahuan, berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam pengurusan wakaf dan business networking antara kedua-dua buah negara.
Duta Kuwait di Malaysia telah hadir ke sesi libat urus ini yang menghubungkan dengan 40 pihak industri di Malaysia yang berminat untuk menawarkan produk dan perkhidmatan tempatan bagi dipasarkan ke negara Kuwait. Majlis ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM seterusnya ucapan oleh YBhg. Datuk Zahairi Baharim, Setiausaha Bahagian Asia Barat, KLN dan kemuncak majlis ucapan oleh H.E Tuan Rashed Mohammad Al Saleh, Duta Kuwait di Malaysia. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM, pengurusan kanan KLN dan YWM. Selain itu, program ini juga bertujuan memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Kuwait menerusi jalinan kerjasama strategik dalam bidang wakaf terutamanya pendanaan dan pembiayaan projek-projek wakaf di Malaysia.
TERKINI
Kongsi Kongsi