Terkandas Selama Tiga Hari Kerana Jalan Terputus Akibat Banjir, Penduduk Kampung Serian, Gua Musang Disantuni
25-01-2024Gua Musang, 25 Januari 2024 - Misi Bantuan Banjir Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang diketuai oleh Cik Haidatul Azia binti Husin, Pengurus Bahagian Pemasaran dan Korporat YWM telah menyampaikan sumbangan dan menyantuni penduduk yang terkesan akibat banjir di Dewan Serbaguna Kampung Serian Batu 12, Gua Musang. Turut hadir adalah Al-Fadhil Ustaz Luqman bin Abdullah (Penyelaras Pentadbiran Masjid Jajahan Pasir Mas, mewakili Pegawai Takmir Jajahan Negeri Kelantan), Tuan Azmawi Fikri (Pengerusi Majlis Belia Jajahan Gua Musang) dan Puan Maskariah (Pengurus KESEDAR Wilayah Gua Musang).
Menurut wakil penduduk, Encik Mohd Ropi bin Ibrahim, ketika banjir melanda, penduduk kampung telah terkandas selama tiga hari tiga malam dan terputus hubungan dengan jalan utama, menyebabkan mereka tidak dapat mencari rezeki untuk kehidupan seharian. Dalam perjalanan menuju ke kampung tersebut, YWM menyaksikan sendiri kesan-kesan akibat banjir dan melalui sebuah jambatan yang sedang dinaiki air. Prihatin dengan ujian yang menimpa penduduk kampung, YWM telah hadir menyantuni mereka dengan menyumbangkan kotak makanan asas dan wang tunai melalui Tabung Musa’adah JAKIM-YWM kepada 200 Ketua Isi Rumah bagi membantu meringankan beban mereka.
Reaksi gembira dan terharu yang ditunjukkan oleh mereka sangat menyentuh hati kami. Sebelum ini mereka diuji, tapi hari ini mereka disantuni. Kami mendoakan agar mereka sentiasa dirahmati
TERKINI
Kongsi Kongsi