Aktiviti
SK Parit Melana Terima Dana Wakaf Tunai Untuk Baik Pulih Kelengkapan Sekolah
23-01-2024Alor Gajah, 22 Januari 2024 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) berkesempatan untuk melawat SK Parit Melana, Melaka yang menerima agihan dana wakaf tunai bernilai RM5,000.00 melalui permohonan yang dibuat oleh Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) sekolah. Menurut penerangan yang diberikan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Nazari Mohd Isa, pihak sekolah telah menggunakan dana tersebut bersama dana tajaan lain untuk projek pembaikan bumbung dan sistem interkom sekolah. Alhamdulillah, hampir semua masalah tersebut telah diatasi dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Semoga setiap manfaat daripada pembaikan ini yang dinikmati oleh hampir 650 pelajar dan guru akan menjadi asbab mengalirnya pahala pewakaf secara berterusan.
TERKINI
Kongsi Kongsi