RM10,000 Dana Wakaf Tunai Diagihkan Bagi Tujuan Baik Pulih Dan Tambah Baik Kemudahan di Surau An-Nur, Kg. Sentosa, Sandakan
13-02-2024Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menerima surat permohonan daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau An - Nur pada bulan Julai 2023 yang lalu bagi hasrat projek pembaikan surau yang mempunyai kerosakan dan kekurangan kemudahan asas yang amat diperlukan oleh para jemaah surau dan penduduk sekitarnya. YWM dimaklumkan bahawa keadaan surau yang terletak di Kampung Sentosa Jaya, Sandakan ini mengalami kebocoran atap, ketiadaan barangan kelengkapan pengurusan jenazah, pembesar suara, kipas atau penghawa dingin dan juga sistem kamera litar tertutup bagi tujuan keselamatan.
Prihatin dengan keadaan ini, Jawatankuasa Pengagihan YWM telah bersetuju dan menyalurkan dana wakaf tunai sejumlah RM10,000 bagi tujuan pembelian kelengkapan pengurusan jenazah, kelengkapan sistem kamera litar tertutup, sistem pembesar suara dan pendingin hawa untuk kegunaan surau ini. Alhamdulillah, melalui laporan yang diterima dari AJK Surau, dana ini telah dimanfaatkan bagi tujuan-tujuan di atas.
Semoga dengan sumbangan ini dapat memberi keselesaan dan kemudahan kepada para jemaah surau dalam beribadah, Insya Allah. Terima kasih kepada para pewakaf. Tanpa anda, sumbangan seumpama ini tidak dapat direalisasikan. Teruskan berwakaf, agar lebih banyak insan - insan yang memerlukan di luar sana dapat dibantu, Insya Allah.
TERKINI
Kongsi Kongsi