Kota Tinggi, Kami Ada Untuk Anda!
21-01-2024Kota Tinggi, 21 Januari 2024 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bersama-sama para agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengadakan misi bantuan pasca banjir di Dewan Serbaguna Kg. Sungai Telor, Kota Tinggi, Johor yang diketuai oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Mokhtar. Dalam misi ini, YWM telah menyumbangkan lampin pakai buang bayi, tuala wanita dan tunai kepada 120 Ketua Isi Rumah - tanpa mengira agama, bangsa, kaum - yang telah diuji dengan bencana banjir, bagi membantu meringankan beban mereka. Pelbagai lagi barangan sumbangan seperti kipas, dapur gas, periuk nasi, kotak makanan, kit solat, kit asas kebersihan diri & pakaian, hasil sumbangan agensi agama lain. Gembira & teruja! Inilah reaksi di wajah mereka semua. Sebelum ini mereka diuji, tapi hari ini mereka disantuni.
Selesai sahaja program, YWM terus pulang ke Putrajaya. Kami akan terus merangka pelbagai program kemasyarakatan untuk memastikan dana wakaf, dana manfaat wakaf & dana CSR Prihatin sampai kepada mereka yang memerlukan. Terima kasih para penyumbang. Anda hero kami!
TERKINI
Kongsi Kongsi