Dapur Wakaf Untuk Mereka!
21-01-2024Simpang Renggam, 21 Januari 2024 - Dalam perjalanan ke Kota Tinggi bagi menyantuni mangsa banjir, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Ridzwan Bakar, sempat menziarahi Maahad Tahfiz Nur Syafaat. Alhamdulillah, YWM telah menyalurkan dana wakaf berjumlah RM20,000 kepada sekolah ini untuk menaiktaraf dapur mereka yang kami jenamakan sebagai Dapur Wakaf. Bayangkan, dengan dana wakaf yang disumbangkan dan manfaatnya dinikmati oleh pelajar tahfiz, berapa banyak 'pulangan' yang diterima pewakaf. MasyaAllah!
Sebelum kami bertolak pulang, Pengerusi Maahad sempat titipkan doa kepada semua pewakaf agar sentiasa murah rezeki, diberi kesihatan yang baik, sentiasa dalam rahmat Allah. Doa ini diaminkan oleh semua pelajar tahfiz. Kepada semua pewakaf, terima kasih atas sumbangan anda. Sekecil mana pun dana yang diwakafkan, terlalu besar maknanya kepada yang memerlukan.
Wakaf, Pahala Yang Terus Mengalir
TERKINI
Kongsi Kongsi