Aktiviti
Majlis Perasmian Projek Sistem Pengumpulan Air Hujan & Pili Cekap Air Di Bawah Inisiatif Wakaf Masjid Hijau
20-01-2024

Skudai, 20 Januari 2024 - Telah berlangsung majlis perasmian Projek Sistem Pengumpulan Air Hujan dan Pili Cekap Air di bawah Inisiatif Wakaf Masjid Hijau di Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti Skudai, Johor. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Ts. Shamsul Bahar bin Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation. Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah diwakili oleh Puan Norbaity Hariani binti Mohamad, Eksekutif Kanan Bahagian Pengurusan Dana YWM. Turut hadir, Encik Muhammad Hidayatullah bin Nasrul, Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Dasar Inisiatif Lestari, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

Menerusi Tabung Wakaf Masjid Hijau, sejumlah RM48,000 telah diagihkan kepada masjid ini bagi tujuan projek Sistem Pengumpulan Air Hujan dan penukaran pili masjid kepada pili cekap air. Melalui pelaksanaan projek ini, masjid berpotensi untuk mendapat penjimatan tenaga sebanyak 15-20% berbanding sebelum ini. Untuk makluman, Tabung Wakaf Masjid Hijau bermatlamat untuk pembiayaan projek-projek bersifat teknologi hijau dan lestari di masjid-masjid seluruh Malaysia. Terima kasih para pewakaf Tabung Wakaf Masjid Hijau.


Kongsi Kongsi