Aktiviti
Mesyuarat Penyelarasan Laporan Pelan Strategik Komunikasi Agensi Agama Persekutuan Tahun 2024-2027
17-01-2024

Putrajaya, 17 Januari 2024 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) diwakili oleh Cik Haidatul Azia binti Husin, Pengurus Bahagian Pemasaran dan Korporat telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Laporan Pelan Strategik Komunikasi Agensi Agama Persekutuan (PSKAP) Tahun 2024-2027 yang dipengerusikan oleh Puan Mazlina binti Ismail, Setiausaha Akhbar kepada YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Pewujudan PSKAP ini adalah untuk menyelaras program-program komunikasi di setiap 14 Agensi Agama melalui platform media bagi meningkatkan imej positif Agensi di mata masyarakat. InsyaAllah, YWM akan sentiasa proaktif untuk menyampaikan segala maklumat berkaitan Islam terutamanya mengenai wakaf kepada masyarakat melalui platform media YWM sedia ada.


Kongsi Kongsi