Aktiviti
Lawatan Kerja Ke Tapak Projek Pembangunan Fasa 2 Hotel Wakaf Perak
16-01-2024

Taiping, 16 Januari 2024 - Sempena kunjungan hormat dan pembentangan draf Pelan Induk Wakaf Nasional ke Majlis Agama Islam Negeri (Zon Utara), Jabatan Wakaf Zakat & Haji (JAWHAR) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) mengambil kesempatan mengadakan lawatan kerja ke tapak projek pembangunan fasa 2 Hotel Wakaf Perak bagi melihat dan memantau prestasi kemajuan kerja-kerja pembangunan di hotel tersebut. Penerangan ringkas mengenai prestasi semasa kemajuan projek telah disampaikan oleh wakil Jabatan Kerja Raya Daerah Larut, Matang dan Selama.

Sebagai makluman, pembangunan fasa 1 Hotel Wakaf Perak yang dijenamakan sebagai Hotel Seri Warisan (JAWHAR-MAIPk) Taiping The Regency Hotel Seri Warisan telah memulakan operasi pada tahun 2012 di bawah pengurusan YWM. Pembangunan ini telah memberi manfaat kepada ekonomi dengan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Di samping itu, bayaran pajakan yang diterima oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak disalurkan kepada Masjid Melayu Daerah Taiping bagi tujuan penyelenggaran masjid dan sebagainya.


Kongsi Kongsi