Kunjungan Hormat Pelan Induk Wakaf Nasional Dan Lawatan Kerja Ke Majlis Agama Islam Negeri Kedah
14-01-2024Alor Setar, 14 Januari 2024 - Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah mengadakan kunjungan hormat Pelan Induk Wakaf Nasional (PIWN) serta lawatan kerja ke Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) yang merupakan Pemegang Amanah Tunggal Wakaf di negeri Kedah bagi berkongsi aspirasi dan hala tuju PIWN. Tujuan utama kunjungan ini diadakan adalah untuk menerangkan objektif sebenar PIWN iaitu untuk melonjakkan sumbangan wakaf dalam sektor Kewangan Sosial Islam dengan visi “Wakaf Menyumbang 10% kepada Pengembangan Sektor Kewangan Islam di Malaysia Menjelang 2030”. Selain itu, kunjungan ini juga adalah untuk meneroka peluang kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam memperkasakan wakaf di Malaysia di samping mengeratkan hubungan dua hala di antara kedua-dua pihak. Kunjungan hormat ini dipengerusikan oleh Sohibul Fadhilah Dato’ Wira Syeikh Yahya bin Jusoh, Timbalan Yang Dipertua MAIK dan delegasi daripada YWM diketuai oleh YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah JAWHAR merangkap Naib Pengerusi YWM. Turut hadir adalah YBrs. Dr. Ridzwan Bakar (Ketua Pegawai Eksekutif YWM), Encik Abdul Halim bin Mat Yusop (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM) dan juga pengurusan kanan JAWHAR, YWM dan MAIK.
TERKINI
Kongsi Kongsi