Aktiviti
Sesi Perbincangan Dan Penyelarasan Terma Bagi Perjanjian Usahasama Wakaf Tunai Malaysia
15-01-2024

Kuala Lumpur, 15 Januari 2024 - Telah berlangsung pertemuan antara pihak Hartasuci Sdn. Bhd. dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bertempat Ibu Pejabat Pusat Pungutan Zakat (PPZ). Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh Ustaz Fahmi bin Ismail (Pengurus Besar Operasi Luar PPZ-MAIWP). Turut bersama dalam sesi ini adalah wakil Unit Undang-undang kedua-dua agensi. Semoga perbincangan dan penyelarasan yang dibincangkan ini dapat mengukuhkan lagi usahasama antara kedua-dua pihak dalam usaha meningkatkan kutipan wakaf tunai di Malaysia.


Kongsi Kongsi