Aktiviti
Lawatan Mengejut YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ke Pejabat Yayasan Waqaf Malaysia
02-01-2024

Putrajaya, 2 Januari 2024 - Memasuki hari pertama berkerja bagi tahun baharu 2024, YB Senator Dato' Setia Dr. Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah membuat lawatan ke pejabat YWM. Lawatan dan tinjauan YB Menteri adalah untuk melihat dengan lebih dekat operasi agensi-agensi hal ehwal Islam. Beliau turut sempat berpesan agar setiap pegawai melaksanakan tugas dan amanah dengan baik dan cemerlang. Segala pesanan dan amanat YB Menteri, pastinya menjadikan kami lebih bersemangat dalam menjadikan YWM peneraju dalam pembangunan wakaf di Malaysia.


Kongsi Kongsi