Aktiviti
Majlis Hari Bersama Ketua Pegawai Eksekutif
03-01-2024

Sekitar Majlis Hari Bersama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) di pejabat YWM. YBrs. Dr. Ridzwan Bakar selaku Ketua Pegawai Eksekutif YWM telah menyampaikan amanat serta iringan kata-kata semangat dan nasihat dalam memulakan gerak kerja bagi tahun 2024. Turut bersama di majlis ini adalah kakitangan daripada anak syarikat YWM iaitu Perbadanan Wakaf Nasional Berhad dan YWM-MAIN Holdings Sdn. Bhd. Semoga semua kakitangan dapat menjadi seorang pekerja yang berdikasi dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dan semoga segala yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.


Kongsi Kongsi