Aktiviti
Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia Siri 44 Bil. 3/2023
19-12-2023Putrajaya, 19 Disember 2023 - Telah berlangsung sidang mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Naim bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) di Blok A, Kompleks Islam Putrajaya. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji merangkap Naib Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM, YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo, Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM serta para ahli lembaga yang terdiri daripada wakil Majlis Agama Islam Negeri, agensi Persekutuan dan swasta. Semoga usaha semua pihak yang terlibat dalam pembangunan wakaf di Malaysia ini diberkati olehNya.
TERKINI
Kongsi Kongsi