Aktiviti
Kunjungan Hormat Telaga Biru Sdn. Bhd. dan Telaga Biru Digital Sdn. Bhd. Ke Yayasan Waqaf Malaysia
06-12-2023

Putrajaya, 6 Disember 2023 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Telaga Biru Sdn. Bhd. dan Telaga Biru Digital Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Datuk Dr. Hj. Zahazan Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif. Matlamat pertemuan ini adalah untuk membincangkan ruang kolaborasi di antara kedua-dua pihak serta pembentangan dari pihak delegasi mengenai penerbitan pembelajaran secara digital di bawah program Telaga Biru Digital Sdn Bhd.

YWM diketuai oleh YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM turut berkongsi aktiviti wakaf yang dilaksanakan oleh YWM kepada delegasi yang hadir. Semoga kunjungan hormat ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara kedua-dua agensi serta dapat mengimarahkan wakaf di negara ini.


Kongsi Kongsi