Reruai Pameran Agensi Hal Ehwal Agama Di Program Sambutan Setahun Malaysia MADANI
10-12-2023Kuala Lumpur, 10 Disember 2023 - Buat julung kalinya Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI dianjurkan bertempat di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil. Program ini bertujuan untuk mempromosikan dasar-dasar dan inisiatif baharu kerajaan kepada rakyat, meningkatkan pemahaman dan kesedaran umum terhadap hala tuju dan matlamat kerajaan serta membina kepercayaan dan keyakinan antara Kerajaan MADANI dengan rakyat melalui pelaporan secara berkala. Terdapat banyak program menarik seperti pameran aset kerajaan, jualan mega MADANI, diskaun bayaran saman dan pelbagai lagi.
Agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) juga tidak ketinggalan untuk turut membuka reruai bersama-sama kementerian-kementerian lain dengan menghimpunkan 14 agensi agama di Peringkat Persekutuan. Selama tiga (3) hari bersama menjayakan program ini, sambutan dari para pengunjung sangat menggalakkan dengan tidak putus-putus hadir ke reruai sama ada bagi mendapatkan khidmat agensi, laporan pencapaian agensi agama atau cenderahati.
TERKINI
Kongsi Kongsi