Program Ziarah Kasih Rahmah Tahun 2023 Peringkat Zon Selatan Sempena Sambutan Bulan Wakaf Negeri Melaka
04-11-2023Ayer Molek, 4 November 2023 - Dalam menyemarakkan budaya berwakaf dalam kalangan masyarakat, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah menganjurkan Program Ziarah Kasih Rahmah (ZIKIR) di sekitar Zon Selatan Ayer Molek, Melaka. YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bersama ketua-ketua agensi yang terlibat turut berkesempatan untuk menyertai Kayuhan Prihatin Wakaf serta menyantuni hampir seramai 600 masyarakat yang memerlukan. Sejumlah RM53,500 telah dimanfaatkan kepada mereka yang memerlukan menerusi program ZIKIR ini. Antara agihan yang dilaksanakan melibatkan sumbangan bakul makanan, sumbangan petrol percuma dan sumbangan dana wakaf kepada masjid As-Salimin bagi tujuan penambaikan ruangan solat wanita. YWM turut menyumbangkan RM10,000 kepada MAIM bagi tujuan menjayakan sambutan Bulan Wakaf Peringkat Negeri Melaka pada tahun ini.
TERKINI
Kongsi Kongsi