Lawatan Mahabbah Yayasan Waqaf Malaysia Ke Gudang Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia
24-11-2023Sepang, 24 November 2023 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah mengadakan kunjungan mahabbah ke gudang Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bertempat di Bandar Serenia yang bertujuan memperkukuh hubungan dua hala YWM-MAPIM dalam aspek pengagihan bersifat kebajikan sosial kepada masyarakat di dalam dan luar negara. Kunjungan ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWM berserta beberapa pegawai kanan YWM. Kehadiran YWM telah disambut oleh YBrs. Dr. Ahmad Sani Araby Dato Abdul Alim Araby dan beberapa pegawai kanan MAPIM. YBrs. Dr. Ahmad Sani telah memberikan penerangan yang amat jelas berkenaan perjalanan operasi dan hala tuju MAPIM seta perancangan semasa dan hadapan yang telah dan sedang direncanakan. YWM juga telah dibawa melihat sendiri sekitar gudang MAPIM beserta beberapa projek harta alih sedia ada seperti Klinik Bergerak dan Dapur Bergerak MAPIM. Semoga kunjungan ini membuahkan hasil berpanjangan serta memperkukuh ukhwah kerjasama yang berimpak tinggi di hadapan Insha Allah. Dari Ummah untuk Ummah, Wakaf Ummah kepada Ummah.
TERKINI
Kongsi Kongsi