Mesyuarat Pegawai Perhubungan Awam Jabatan / Agensi Jabatan Perdana Menteri
02-11-2023Bandar Hilir, 2 November 2023 - Mesyuarat Pegawai Perhubungan Awam Jabatan / Agensi Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bilangan 2 Tahun 2023 telah berlangsung di Hatten Hotel Melaka. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), JPM ini telah menghimpunkan lebih 50 orang Pegawai Perhubungan Awam (PPA) dari pelbagai Jabatan / Agensi di bawah JPM. Mesyuarat ini merupakan platform untuk para PPA berbincang, mengemukakan kemusykilan dan cadangan penambahbaikan khususnya dalam konteks memperkasakan pengurusan perhubungan awam di peringkat JPM. Di kesempatan yang sama, terdapat juga dua sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh wakil Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional dan Bahagian Komunikasi Strategik dan Korporat, Kementerian Komunikasi dan Digital. Yayasan Waqaf Malaysia telah diwakili oleh Cik Haidatul Azia binti Husin, Pengurus Bahagian Pemasaran dan Korporat.
TERKINI
Kongsi Kongsi