Aktiviti
Kunjungan Hormat Public Islamic Bank ke Yayasan Waqaf Malaysia
23-11-2023Putrajaya, 23 November 2023 - Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menerima kunjungan hormat daripada Public Islamic Bank (PIBB) yang diketuai oleh YBrs. En. Syamsul Azuan Ahmad Fauzi, Ketua Pegawai Eksekutif diiringi oleh YBrs. Al-Fadhil Ust. Izwan Mohd Ali Wasi, Timbalan Ketua Bahagian Syariah dan YBrs. En. Mohd Zaimy Abdul Latiff, Pengurus Pengurusan Tunai dan Kerajaan. Inti pati perjumpaan ini adalah untuk membincangkan beberapa hala tuju pembangunan wakaf melalui platform digital PIBB serta cadangan-cadangan yang akan direncanakan di masa hadapan. Semoga kerjasama YWM-PIBB terus kukuh dan utuh demi merancakkan pembangunan wakaf di Malaysia.
TERKINI
Kongsi Kongsi