Aktiviti
Kunjungan Hormat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Ke Yayasan Waqaf Malaysia Bagi Membincangkan Kerjasama Antara Dua Agensi
13-10-2023Putrajaya, 13 Oktober 2023 - YWM berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang diketuai oleh Ybrs. Puan Sharifatul Hanizah Said Ali, Pengarah Eksekutif, Pasaran Modal Islam, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada 13 Oktober 2023. Matlamat pertemuan ini adalah untuk mengenalpasti bentuk kerjasama yang boleh dijalinkan antara kedua pihak dalam usaha memartabatkan wakaf di Malaysia.
YWM diketuai oleh YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif telah berkongsi pengalaman dan aktiviti wakaf yang dilaksanakan oleh YWM kepada delegasi yang hadir.
Semoga kunjungan hormat ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara kedua-dua agensi serta dapat mengimarahkan wakaf di negara ini.
TERKINI
Kongsi Kongsi