Aktiviti
Dana Tabung Pendidikan YWM - PINTA Berjumlah RM219,322.61 Telah Diagihkan Semasa Majlis Perhimpunan Agensi Di Bawah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
11-10-2023

Kuala Lumpur, 11 Oktober 2023 - Telah berlangsung Majlis Perhimpunan Agensi Di Bawah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Masjid Wilayah Persekutuan pada 11 Oktober 2023. Di dalam majlis ini, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menyampaikan sumbangan Dana Tabung Pendidikan YWM - PINTA berjumlah RM219,322.61 kepada PINTA (Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan) bagi tujuan pelaksanaan Program Multimedia Tahfiz Madani di pusat-pusat tahfiz Al-Quran seluruh negara.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM kepada Encik Zulkifli bin Hussain, Timbalan Presiden PINTA dan turut disaksikan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi YWM di dalam Majlis Perhimpunan Agensi di Bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Sumbangan daripada YWM ini akan memanfaatkan 20 institusi tahfiz di bawah PINTA di mana setiap institusi tahfiz akan dibekalkan dengan masingmasing seunit komputer riba, pencetak pelbagai fungsi, toner pencetak, projektor dan skrin layar bagi pelaksanaan Program Multimedia Tahfiz Madani.

Semoga sumbangan ini dapat memberi semangat dan manfaat kepada para pelajar tahfiz dalam menuntut ilmu. YWM juga mengalu-alukan sumbangan wakaf daripada masyarakat supaya lebih banyak agihan seperti ini dapat dilaksanakan di masa hadapan.


Kongsi Kongsi