Program Be Fit YWM dan Pemeriksaan Kesihatan
11-09-2023Putrajaya , 11 September 2023 - Telah berlangsung Program Be Fit YWM dan Pemeriksaan Kesihatan secara percuma dan terbuka anjuran Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dengan kerjasama Klinik Dr Najwa yang diadakan di Pejabat YWM pada 11 September 2023. Rata-rata warga kakitangan Blok D, Kompleks Islam Putrajaya tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan ini. Turut hadir YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji.
Pemeriksaan kesihatan yang diadakan ini merupakan salah satu usaha pihak YWM dalam menjaga kebajikan kakitangan demi memastikan kesihatan kakitangan berada pada tahap yang baik. Justeru, dapat mendidik warga kerja YWM untuk menumpukan kualiti tahap kesihatan mereka dijaga bermula dari masa kini.
Semoga semua kakitangan YWM sentiasa dikurniakan kesihatan terbaik demi menjalankan amanah dan tanggungjawab bersama.
TERKINI
Kongsi Kongsi