Program Latihan Kakitangan Siri 6 : Kursus Pengurusan Stress
12-09-2023Putrajaya, 12 September 2023 - Satu kursus pengurusan stress telah diadakan di Dewan Seminar Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Putrajaya pada hari ini. Peserta kursus kali ini disertai seramai 40 orang yang terdiri daripada kakitangan Yayasan Waqaf Malaysia dan anak syarikat iaitu YWM MAIN Holdings Sdn Bhd dan Perbadanan Wakaf Nasional Berhad. Turut hadir, YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YWM.
Penceramah kursus ini dikendalikan oleh YBrs. Puan Fairuz binti Ibrahim, Penolong Pengarah, Bahagian pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam. Objektif utama penganjuran kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta berkaitan dengan pengurusan tekanan diri (stress). Peserta turut didedahkan dengan strategi menangani stress yang berkesan melalui kaedah pengurusan emosi dan kawalan minda seterusnya mewujudkan persekitaran yang lebih positif.
Diharapkan kursus yang dianjurkan ini memberi manfaat sebaiknya kepada warga YWM dan subsidiari bagi pengurusan stress yang lebih berkesan pada masa akan datang.
TERKINI
Kongsi Kongsi