Majlis Simbolik Penyerahan Aset Alih Puteri Bay Hotel Melaka
08-09-2023Melaka, 8 September 2023 - Telah berlangsung Majlis Simbolik Penyerahan Aset Alih Puteri Bay Hotel Melaka dari Majlis Agama Islam Melaka - Rasmi (MAIM) kepada Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) di Puteri Bay Hotel Melaka. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim, Setiausaha MAIM bersama YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YWM. Turut hadir bersama di dalam majlis ini, pegawai-pegawai dari YWM dan MAIM.
Untuk makluman, projek hotel ini telah beroperasi sejak tahun 2011. Ianya merupakan kerjasama antara YWM dan MAIM yang mana tanah hotel tersebut dibangunkan di atas tanah wakaf milik MAIM. Sebahagian hasil pendapatan yang diterima oleh Hotel Wakaf ini akan disalurkan kepada Majlis Agama Islam Negeri bagi melaksanakan hasrat pewakaf untuk tujuan kebajikan dan kemasyarakatan ummah. Di dalam majlis yang sama, YWM turut menyampaikan sumbangan Wakaf Tunai Malaysia berjumlah RM10,000 kepada MAIM bagi tujuan pembangunan dan kebajikan masyarakat di Melaka.
Terima kasih diucapkan kepada MAIM yang bersama-sama menjayakan program ini. Semoga dengan majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua agensi wakaf di Malaysia.
TERKINI
Kongsi Kongsi