Aktiviti
Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Pewujudan Kemudahan Pilihan Kebajikan Melalui Produk Takaful PruBSN WarisanPlus antara YWM dan PruBSN
05-09-2023

Kuala Lumpur, 5 September 2023 - Produk Takaful PruBSN WarisanPlus ini merupakan inisiatif bersama antara YWM dan PruBSN dalam menyediakan “Kemudahan Pilihan Kebajikan” kepada pelanggan PruBSN sedia ada yang membolehkan pencarum untuk berwakaf sebahagian daripada manfaat kematian mereka kepada YWM sebagai salah satu organisasi wakaf yang terpilih di bawah kemudahan ini

Perjanjian kerjasama ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan YBrs. Encik Ahmir Ud Deen, Ketua Pegawai Operasi PruBSN dan turut disaksikan oleh Datin Sri Azlin Arshad, Ketua Pegawai Pemasaran PruBSN dan YBrs. Puan Nur Syaffina binti Ab.Rahim, Pengurus Bahagian Dasar dan Pembangunan YWM.

Semoga jalinan kerjasama ini menjadi wadah kepada pembangunan wakaf di Malaysia dan sekaligus meningkatkan pemerkasaan sosioekonomi masyarakat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum.


Kongsi Kongsi